|
|
Ketika berpraktikal di GM Peladang ,aku ditugaskan untuk menjaga 744 pokok rockmelon jenis Gordes dan Glamor.Aku ditugaskan dari proses menyemai anak benih sehingga harvest buahnya.. Walaupun tidak semua berbuah dengan baik namun aku berjaya mendapatkan ilmu baru iaitu bagaimana menjaga tanaman melon dari awal hingga akhir yang akan aku kongsikan dalam entry kali ini..
|
Gordes |
|
Glamor |
Rock Melon adalah buah buahan dari spisis yang sama dengan timun,tembikai,tembikai susu dan seangkatan dengannya, pokok yang serupa dan bunga yang serupa, yang berbeza hanyalah buahnya..
Semaian
|
Anak pokok |
Pada peringkat semaian, biji Benih akan direndam selama 8 jam ke dalam air suam yang dicampur dengan racun kulat dan hormon bagi memudahkan
percambahan berlaku dan juga untuk mengelak serangan kulat. Perlu INGAT! Benih perlu diletakkan dengan betul iaitu buju yang tajam ke dalam media semandai (akar dia) dan buju yang kurang tajam diletakkan ke arah atas (pucuk) . Kegagalan untuk bertindak sedemikian akan menyebabkan pokok lambat tumbuh/ benih mati.Biasanya lepas 4,5 hari pucuk benih akan mula kelihatan (daun kotaledon kot namanya) Benih rockmelon hanya berada di dalam
tray selama 10 ke 15 hari sebelum dipindahkan ke dalam polibeg.
Pindah ke polibeg
Selepas cukup tempoh 10 - 15 hari (lihat pada saiz pokok) , anak pokok Rock Melon sudah boleh dipindahkan ke dalam polibeg. Perpindahan anak pokok JANGAN pada waktu tengahari sebaiknya petang atau awal pagi. Anak pokok perlu dipindahkan dengan berhati hati kerana batang belon adalah jenis lembut dan mudah patah, dinasihatkan polibeg punyai air yang cukup.
Penjagaan awal
Anak melon membesar dengan agak cepat, aku ingat dalam tempoh beberapa hari dalam polibeg,daunnya sudah besar, dan dalam tempoh 7 hari ke 10 hari, pokok sudah boleh diikat, berbeza dengan tanaman cili yang memerlukan sekurang kurangnya 5 tali,rock melon hanya memerlukan 1 tali berukuran 7 kaki untuk diikat pada tali besi bahagian atas rumah perlindungan hujah (ketinggian 6-7 kaki)
Proses lilitan
|
Lihat "tali" |
Pokok ini harus dililitkan pada tali secara manual untuk mengelakkan pokok menjalar ke arah lain ataupun tidak naik keatas,sebaliknya menjalar ke tanah. Kemudian proses lilitan ini harus dilakukan setiap kali pucuk baru mula memanjang untuk mengelakan berlakunya lecuh (patah) pada dahan pokok melon..
Tunas air
Apabila pokok di polibeg berusia 15 hari dan mula tumbuh tunas air, maka proses membuang tunas air perlu dilakukan untuk mengelakkan pokok berbuah dengan banyak (kawalan buah untuk tingkatkan kualiti/saiz buah). Kita hanya perlu tinggalkan beberapa mata pucuk (antara keenam - kesembilan) untuk tujuan pendebungaan kelak sekaligus memilih buah kelak,
Pendebuangaan
|
Buah pada bunga betina selepas pendebungaan |
Proses pendebungaan dilalukan bila kedua bunga jantan dan
|
Bunga Jantan |
betina tumbuh , bunga jantan akan tumbuh pada batang utama pokok manakala bunga betina pada bahagian tunas pokok yang ditinggalkan (tidak dibuang dalam bab 'tunas air) , Proses pemdebungaan berlaku melalui 2 kaedah,iaitu manual dan natural , secara natural,serangga2 seperti semut,lebah hinggap di bunga jantan untuk mengambil madu,lalu kemudian bawa sekali debungan melalui kakinya,dan hinggap pada bunga begini,maka berlakulah proses tersebut,manakala manual pula, manusia perlu cabut bunga jantan, keluarkan debunga dengan cara menyelak kelopak kuning dan geselkan pada bunga betina.
Buang buah
|
Buah selepas pendebungaan |
|
Buah selepas pemdebungaan |
Selepas proses pendebungaan dilakukan , maka bunga betina akan menghasilkan buah pada setiap salur yang ada, ketika ini,proses membuang buah dilakukan , pilih buah yang paling besar/sihat antara kesemua buah yang ada dan yang selainnya digunting dan buang menggunakan gunting yang dicelup racun kulat.
Balut buah
Apabila buah mula membesar, langkah seterusnya adalah membalut buah menggunakan surat khabar , dengan menggunakan stapler , kacip surat khabar menjadi 1 (tidak boleh dibuka) , menggunakan surat khabar, tutup buah itu dengan penuh melainkan bahagian bawah.. Tujuan pembalutan adalah untuk mengelakkan serangan lalat buah yang boleh merosakkan buah rock melon.
Meracun (rutin mingguan)
Proses meracun pokok perlu dilakukan seminggu sekali , antara tujuan proses meracun adalah, untuk
|
Sekadar nak tunjuk.. haha |
menghalau serangga yang merosakkan pokok (gunakan racun serangga - sebolehnya racun yang berbeza kerana racun yang sama mungkin tidak berkesan untuk kali ketiga/ dan seterusnya kerana serangga sudah kebal) , mematikan/menghalang kulat (gunakan racun kulat) , percepatkan pembesaran pokok (hormon) dan membaja daun (folier).. Keempat empat unsur ini dicampurkan sekali dalam satu balang meracun,
Pembajaan (rutin harian)
Pada minggu pertama pokok di polibeg, ec baja hanya sekitar 2.0 dan setiap minggu dinaikkan dengan menambah 0.2 lagi sehinggalah satu minggu terakhir sebelum harvest,untuk memaniskan buah boleh naikkan nilai ec.. beberapa hari sebelum harvest, tidak perlu lagi alirkan air baja, biarlah buah menyerap segala nutrien dari dalam batang pokok dan dauh..
Harvest / tuai
Proses penuaian buah boleh dilakukan pada hari ke 60 - 70 , penuaian dilakukan dengan memotong bawah pokok agar mudah proses pembuangan batang pokok selepas harvest.
Kesimpulan..
|
Pokok melon dibawah seliaan penulis |
Penjagaan melon tidaklah sesukar cili yang sangat sensitif, asalkan baja diberi secara bersiplin dan meracun pada hari hari yang dijadualkan,maka insyAllah pokok akan tumbuh dengan baik.. Pun begitu , untuk petani Terengganu,mungkin menanam melon bukan satu pilihan yang baik kerana ia tidak begitu diminati orang Terengganu dan harga borongnya yang sangat murah jika dibandingkan di luar Terengganu.
Aku sendiri memilih untuk tidak menanam melon pada kali pertama permulaan projek fertigasi, kerana bimbang akan pasarannya dan harganya yang tidak begitu ok di Terengganu,pun begitu, 2 bulan sebelum ramadan mungkin aku akan consider untuk amik risiko menanam melon dengan harapan pasaran melon di Terengganu meningkat menjelang ramadan (bulan puasa, belah melon di bazar ramadan, pelanggan tengah lapar dan panas, , diaorg tengok terliur dan beli - yeah)
Beberapa gambar pokok melon dibawah seliaan penulis