Saturday, January 31, 2015

Apa itu fertigasi?

Bidang pertanian fertigasi semakin diterima hari ini terutamanya oleh golongan muda yang mahu kerja sendiri dan sesuai dngan jiwa muda mereka.. Sistem ini tidak memerlukan para pengamalnya untuk lagi menggunakan cangkul dan parang untuk bertani,sebaliknya hanya beberapa aktiviti rutin dan minggu yang perlu dilaksanakan..

Apa itu fertigasi?

Aku cuba terangkan berdasarkan pemahaman aku berdasarkan pengalaman aku selama 4 bulan berpraktikal di kebun pertanian fertigasi, moga ia bermanfaat.

Sabut kelapa yang dikisar (coco peat)
Polibeg (Sumber gambar)
Fertigasi adalah satu sistem yang hanya menyalurkan larutan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dengan menggunakan pam tangki larutan nutrien (baja set A dan B) ke tanaman-tanaman yang ditanam di dalam polibeg menggunakan media tanaman seperti coco peat atau sekam padi bakar. 

Perlu diketahui baja ini hanya digunakan untuk tanaman fertigasi kerana coco peat dan sekam padi bakar adalah kosong tanpa sebarang nutrien di dalamnya , kemampuan keduanya untuk 'menyimpan' air membantu untuk pokok mengambil baja baja yang dilarutkan dalam air di dalamnya.Peralatan lain yang digunakan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip pvc, dripper, mini tubing, tubing,timer dan peralatan kawalan air dan baja.Setiap alatan ini akan aku detailakan setiap fungsi mereka dalam penulisan penulisan seterusnya.

Sistem Fertifasi secara mudahnya begini, 

Air yang disimpan dalam tangki akan disalirkan ke dalam polibeg 6 kali sehari melalui paip pvc dan dripper ,waktu aliran adalah adalah seperti berikut : - 8 pagi, 10 pagi, 12 tengahari,3 petang 4 petang dan 6 petang - , tempoh masa setiap kali air disalirkan adalah bergantung pada umur pokok dan juga cuaca,biasanya tidak kurang dari 1 minit dan tidak lebih dari 7 minit).. Secara purata polibeg menerima 2 liter air sehari.
Timer

Air bukanlah disalirkan dengan cara kita pergi tekan suiz setiap kali masanya,tapi dibuka secara automatik dengan sejenis alat yang dipanggil 'timer' (nama sebenar aku tak tahu) , untuk permulaan,timer elektronik boleh digunakan dgn harga RM40 seunit. 


baja keluaran GM Peladang
Jadi kerja kerja harian yang perlu dilakukan adalah isi larutan bata (A dan B) ke dalam air tangki samada setiap awal pagi (sebelum 8 pagi) atau setiap lewat petang (selepas 6 petang).

Manakala rutin mingguan adalah "meracun" , iaitu semburan air yang mengandungi racun serangga,racun kulat,hormon, dan folier diatas daun pokok menggunakan alat semburan racun.. Aktiviti ini BIASANYA dilakukan seminggu sekali,namun jika pokok diserang penyakit , boleh dilakukan 2 kali seminggu, dan jika lebih parah , selang 2 hari sehingga ia kembali sembuh. Kos racun adalah tinggi jadi semakin banyak meracun,maka makin tinggi kos yang digunakan,namun jika tidak meracun,apa yang jadi adalah pokok akan mati/tidak mengeluarkan hasil dengan baik.


Namun akan ada aktiviti tambahan berdasarkan jenis tanaman yang akan dikongsikan melalui tulisan tulisan lain khas berdasarkan jenis jenis tanaman. Antara tanaman yang boleh ditanam dengan sistem ini adalah tanaman berdaun seperti cili, tomato, timun dan Rock Melon.

Apa yang utama perlu dikuasai untuk lebih mahir dalam bidang ini adalah komposisi baja dan peralatan yang digunakan untuk fertigasi, adalah penting untuk menggunakan peralatan yang betul atau akan mengakibatkan kesan buruk kepada tanaman.

EC Meter Hanna
Level bacaan ec baja pula bergantung pada umur pokok.Bacaan diukur menggunakan EC Meter.

Fertigasi punyai banyak kelebihan berbanding pertanian tradisional, antaranya ;





● Tidak memerlukan kawasan yang luas.
● Tempoh harvest yang lebih singkat dengan kawalan nutrien yg baik kepada tanaman
● Tiada lagi kerja berat kerana penggunaan teknologi.
● Boleh menanam sepanjang tahun tanpa mengira musim (bantuan Rumah Perlindungan Hujan)
● Tiada lagi penyakit bawaan tanah.
● Hasil yang lebih banyak
● Kuantiti hasil yang seragam serta kesan sisa racun yang minimum.

Jadi,adakah anda berminat untuk turut menjadi "Usahawan Tani" ? 




1 comment: