Sunday, March 8, 2015

Cocopeat..

Untuk stage pertama fertigasi,aku bakal gunakan lebih kurang 60 guni cocopeat dan sebahagian daripadanya sudah ada di kebun (sebagaimana gambar).

Apa itu cocopeat?

Cocopeat adalah sabut kelapa yang telah diurai/dihancurkan oleh mesin pengurai sabut, hasil dari sabut ini dapat hasilkan 2 jenis output iaitu cocopeat dan satu lagi namanya, aku lupa.. tapi ia digunakan untuk dibuat tali ataupun isi dalam kusyen kenderaan/tilam..Manakala cocopeat digunakan sebagai media tanaman mengantikan tanah.

Kegunaan cocopeat dalam fertigasi?

Dalam fertigasi, 2 jenis media tanaman boleh digunakan iaitu sekam padi yang dibakar dan juga cocopeat,dan aku memilih cocopeat kerana ia lebih berkualiti berbanding sekam padi dan juga ia mudah dicari berbanding sekam padi..

Perlu diketahui, menggunakan cocopeat sebagai media tanaman dalam polibeg berbeza berbanding diatas tanah yang mana polibeg yang diisi cocopeat mengandungi 0% nutrium (atau angka yg sangat kecil),jadi bagaimana nutrium diberi kepada tumbuhan?

Jawabnya! Ia melalui kaedah baja dalam air, setiap kali siraman (7 kali sehari - purata 2liter sehari) air yang dicampur baja akan diberikan kepada tumbuhan dan cocopeat menjadi media yang sangat baik kerana mereka boleh menampung air dengan baik.

Dan baja yang diberikan, bukanlah sebarangan baja sebaliknya baja set A dan B yang mengandungi keperluan yang CUKUP untuk pokok membesar dengan baik bahkan mampu menghasilkan buah yang lebih banyak dan berkualiti (saiz/berat). Antara kandungan bahan yang ada dalam baja adalah -Set A - calsium nitrate,zat besi, set B - postasium nitrate,mono potasium hydrogen phosphate,magnesium sulphate,boric,zink sulfate,copper sulfate,dan amnonium dngan kadar2 berbeza mengikut jenis tumbuhan.

Cocopeat boleh digunakan sehingga 3,4 (bahkan lebih) kali selepas dibasuh dengan air dan sememangnya ia lebih menjimatkan.

Menggunakan cocopeat dalam polibeg sekaligus akan membantu mengelakkan penyakit bawaan tanah kepada tumbuhan..

Menariknya tentang cocopeat adalah, ia boleh menjana pendapatan dan menjadikan seorang itu "taukey" dari bahan terbuang (sabut) ini.. Aku menyarankan kepada anak muda,atau sesiapa sahaja, yang tidak mahu selamanya menjadi kuli orang, apa guna anda bekerja dengan sepenuh hati (bernada hasutan) namun hasil kerja anda hanya melalui gaji tetap setiap bulan sedangkan dengan hasil usaha anda syarikat untung berkali ganda??? Sampai bila anda mahukan kelompok kapitalis tamak terus menerus memerah keringat anda sedangkan kita mampu menjana wang beribu ribu setiap bulan walaupun dengan menghasilkan cocopeat/serap dari sabut kelapa (ini cuma satu contoh, banyak kerja lain anda boleh lakukan untuk jadi bos sendiri).. Cuma jika ke bidang ini, sebagai permulaan,anda hanya perlu cari mesin pengurai sabut yang baru harganya sekitar RM25K manakala yang terpakai boleh dalam RM11K dan keatas (boleh rujuk mudah.my)..

Kerjalah dan jadilah kuli untuk satu tempoh,kumpul wang,dan selepas beberapa ketika,berhentilah dan jadilah bos sendiri, dan jika anda betul2 berusaha,mungkin mampu menghasilkan pekerjaan kepada masyarakat!

Berhenti dengan mindset "kuli" , kerana semua orang boleh jadi "bos" ..

Cuma 1 nasihat aku dalam usaha untuk sama sama berjaya, JANGAN JOIN MLM! Jangan dekati MLM, jangan berkawan dengan kelompok kaki MLM.. tambahan yang menjanjikan wang semudah memetik 1 jari..Dan dengan 'bos' MLM yang suka tunjukkan bukti 'kejayaan' mereka dengan kereta yang mereka miliki..

Ayah aku cakap , tanda2 sesebuah negara itu sedang kearah negara maju,adalah setiap rumah punyai Pick Up (kereta macam hilux yang boleh bawa barang banyak),bukan setiap rumah miliki kereta2 berkilat dan mewah (hutang beb) ..

Kerana apa? kerana kenderaan seperti inilah mampu bantu sesebuah keluarga itu, MENJANA EKONOMI!

Wednesday, February 25, 2015

Mendirikan rangka RPH

Untuk sebuah rumah perlindungan hujan berukuran 60 kaki,kita memerlukan 7 besi U dan diletakkan setiap 10 kaki.

Untuk mendirikan besi U, kita memerlukan 14 besi GI berukuran 1 inci yang dipotong 2 kaki setiap satu,tenggelamkan sebanyak 1 kaki pada setiap tapak untuk dimasukkan besi U dan JANGAN lupa,pada setiap besi tiang itu,dikorek lubang dan weldingkan satu nat dan skru bertujuan untuk memegang besi U tersebut.

Berikut aku lukiskan bagaimana besi kaki tu,lupa nak ambil gambar,tup tup dah ada dalam lubamg .. :) 


Lepas masukkan besi U, maka dirikan dengan ketinggian yg sama sebelah kiri dan kanannya dan pasangkan besi GI yang lurus pada setiap 'hujung' tiang U.. Besi seeloknya dikapit menggunakan 'klik besi' yang boleh dibeli dengan harga yang murah di Cameron Highland.. Kalau beli kat Terengganu,mahalnya 120% .. Namun jika kegunaan yg sedikit maka mungkin lebih ekonomik dibeli di Terengganu.

Saturday, February 7, 2015

Membengkokkan besi U untuk fertigasi - DIY method

Kebun fertigasi penulis mula memasuki fasa kedua iaitu membina Rumah Perlindungan Hujah (RPH) dan langkah pertama selepas membeli besi  GI 1/2'' adalah membentuk beberapa besi menjadi huruf U.. Dalam 1 bangsal berukuran 60 kaki diperlukan 7 batang besi yang dibengkokkan menjadi huruf U.

Biasanya pembeli terpaksa membeli secara pakej sistem fertigasi kerana salah satu faktornya kesukaran untuk membentuk besi U yang memerlukan satu alat khas untuk membentuknya yang mana memakan kos sehingga beratus ringgit semata mata untuk digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Namun, terima kasih kepada tuhan yang memberikan akal kepada manusia, berfikir seperti Mc Gyver, kami berjaya membentuk besi GI 1/2 menjadi huruf U hanya berbekalkan 2 alatan biasa iaitu staging (boleh guna besi 1 inci yang ada lubang utk belokkan tiang) dan paip besar (untuk membentuk U).

Mungkin tidak sesempurna jika dibuat menggunakan alatan khas,namun .. tetap jadi U.. haha


Besi GI 1/2 ''


Proses membentuk tiang, ukur ketinggian 6 kaki,dan masukkan ke dalam lubang staging hingga ke paras 6 kaki lalu bengkokkan sehingga hampir 90 darjah.













Langkah kedua, menggunakan paip pvs besar (bulat/separuh bulat) untuk dijadikan alat penyandar di tengah tengah besi dan naikkan besi yg tadinya lurus kepada 1 kaki dari bahagian paling atas tiang yg dibina tadi.







Kemudian,ukur separuh antara bahagian paling atas tiang ke tengah lalu bengkokkan 6 inci,buat pada kedua dua bahagian.




SIAP!!! Kalau tengok kaki mungkin tak sama tapi dapat dibetulkan menggunakan besi 1 inci pada langkah kedua dalam bab pemasangan RPH iaitu GI 1'' bertindak sebagai tapak pemegang dibawah.



















Tuesday, February 3, 2015

Tanaman Fertigasi : Rock Melon




Ketika berpraktikal di GM Peladang ,aku ditugaskan untuk menjaga 744 pokok  rockmelon jenis Gordes dan Glamor.Aku ditugaskan dari proses menyemai anak benih sehingga harvest buahnya.. Walaupun tidak semua berbuah dengan baik namun aku berjaya mendapatkan ilmu baru iaitu bagaimana menjaga tanaman melon dari awal hingga akhir yang akan aku kongsikan dalam entry kali ini..

Gordes
Glamor
Rock Melon adalah buah buahan dari spisis yang sama dengan timun,tembikai,tembikai susu dan seangkatan dengannya, pokok yang serupa dan bunga yang serupa, yang berbeza hanyalah buahnya..

Semaian 

Anak pokok
Pada peringkat semaian, biji Benih akan direndam selama 8 jam ke dalam air suam yang dicampur dengan racun kulat dan hormon bagi memudahkan percambahan berlaku dan juga untuk mengelak serangan kulat. Perlu INGAT! Benih perlu diletakkan  dengan betul iaitu buju yang tajam ke dalam media semandai (akar dia) dan buju yang kurang tajam diletakkan ke arah atas (pucuk) . Kegagalan untuk bertindak sedemikian akan menyebabkan pokok lambat tumbuh/ benih mati.Biasanya lepas 4,5 hari pucuk benih akan mula kelihatan (daun kotaledon kot namanya) Benih rockmelon hanya berada di dalam tray selama 10 ke 15 hari sebelum dipindahkan ke dalam polibeg. 

Pindah ke polibeg

Selepas cukup tempoh 10 - 15 hari (lihat pada saiz pokok) , anak pokok Rock Melon sudah boleh dipindahkan ke dalam polibeg. Perpindahan anak pokok JANGAN pada waktu tengahari sebaiknya petang atau awal pagi. Anak pokok perlu dipindahkan dengan berhati hati kerana batang belon adalah jenis lembut dan mudah patah, dinasihatkan polibeg punyai air yang cukup.

Penjagaan awal

Anak melon membesar dengan agak cepat, aku ingat dalam tempoh beberapa hari dalam polibeg,daunnya sudah besar, dan dalam tempoh 7 hari ke 10 hari, pokok sudah boleh diikat, berbeza dengan tanaman cili yang memerlukan sekurang kurangnya 5 tali,rock melon hanya memerlukan 1 tali berukuran 7 kaki untuk diikat pada tali besi bahagian atas rumah perlindungan hujah (ketinggian 6-7 kaki)

Proses lilitan

Lihat "tali" 
Pokok ini harus dililitkan pada tali secara manual untuk mengelakkan pokok menjalar ke arah lain ataupun tidak naik keatas,sebaliknya menjalar ke tanah. Kemudian proses lilitan ini harus dilakukan setiap kali pucuk baru mula memanjang untuk mengelakan berlakunya lecuh (patah) pada dahan pokok melon..

Tunas air

Apabila pokok di polibeg berusia 15 hari dan mula tumbuh tunas air, maka proses membuang tunas air perlu dilakukan untuk mengelakkan pokok berbuah dengan banyak (kawalan buah untuk tingkatkan kualiti/saiz buah). Kita hanya perlu tinggalkan beberapa mata pucuk (antara keenam - kesembilan) untuk tujuan pendebungaan kelak sekaligus memilih buah kelak,

Pendebuangaan

Buah pada bunga betina selepas pendebungaan
Proses pendebungaan dilalukan bila kedua bunga jantan dan
Bunga Jantan
betina tumbuh , bunga jantan akan tumbuh pada batang utama pokok manakala bunga betina pada bahagian tunas pokok yang ditinggalkan (tidak dibuang dalam bab 'tunas air) , 
Proses pemdebungaan berlaku melalui 2 kaedah,iaitu manual dan natural , secara natural,serangga2 seperti semut,lebah hinggap di bunga jantan untuk mengambil madu,lalu kemudian bawa sekali debungan melalui kakinya,dan hinggap pada bunga begini,maka berlakulah proses tersebut,manakala manual pula, manusia perlu cabut bunga jantan, keluarkan debunga dengan cara menyelak kelopak kuning dan geselkan pada bunga betina.

Buang buah

Buah selepas pendebungaan
Buah selepas pemdebungaan
Selepas proses pendebungaan dilakukan , maka bunga betina akan menghasilkan buah pada setiap salur yang ada, ketika ini,proses membuang buah dilakukan , pilih buah yang paling besar/sihat antara kesemua buah yang ada dan yang selainnya digunting dan buang menggunakan gunting yang dicelup racun kulat.

Balut buah

Apabila buah mula membesar, langkah seterusnya adalah membalut buah menggunakan surat khabar , dengan menggunakan stapler , kacip surat khabar menjadi 1 (tidak boleh dibuka) , menggunakan surat khabar, tutup buah itu dengan penuh melainkan bahagian bawah.. Tujuan pembalutan adalah untuk mengelakkan serangan lalat buah yang boleh merosakkan buah rock melon.

Meracun (rutin mingguan)  

Proses meracun pokok perlu dilakukan seminggu sekali , antara tujuan proses meracun adalah, untuk
Sekadar nak tunjuk.. haha
menghalau serangga yang merosakkan pokok (gunakan racun serangga - sebolehnya racun yang berbeza kerana racun yang sama mungkin tidak berkesan untuk kali ketiga/ dan seterusnya kerana serangga sudah kebal) , mematikan/menghalang kulat (gunakan racun kulat) , percepatkan pembesaran pokok (hormon) dan membaja daun (folier).. Keempat empat unsur ini dicampurkan sekali dalam satu balang meracun,

Pembajaan (rutin harian) 

Pada minggu pertama pokok di polibeg, ec baja hanya sekitar 2.0 dan setiap minggu dinaikkan dengan menambah 0.2 lagi sehinggalah satu minggu terakhir sebelum harvest,untuk memaniskan buah boleh naikkan nilai ec.. beberapa hari sebelum harvest, tidak perlu lagi alirkan air baja, biarlah buah menyerap segala nutrien dari dalam batang pokok dan dauh..  

Harvest / tuai

Proses penuaian buah boleh dilakukan pada hari ke 60 - 70 , penuaian dilakukan dengan memotong bawah pokok agar mudah proses pembuangan batang pokok selepas harvest.


Kesimpulan..

Pokok melon dibawah seliaan penulis
Penjagaan melon tidaklah sesukar cili yang sangat sensitif, asalkan baja diberi secara bersiplin dan meracun pada hari hari yang dijadualkan,maka insyAllah pokok akan tumbuh dengan baik.. Pun begitu , untuk petani Terengganu,mungkin menanam melon bukan satu pilihan yang baik kerana ia tidak begitu diminati orang Terengganu dan harga borongnya yang sangat murah jika dibandingkan di luar Terengganu.

Aku sendiri memilih untuk tidak menanam melon pada kali pertama permulaan projek fertigasi, kerana bimbang akan pasarannya dan harganya yang tidak begitu ok di Terengganu,pun begitu, 2 bulan sebelum ramadan mungkin aku akan consider untuk amik risiko menanam melon dengan harapan pasaran melon di Terengganu meningkat menjelang ramadan (bulan puasa, belah melon di bazar ramadan, pelanggan tengah lapar dan panas, , diaorg tengok terliur dan beli - yeah) 

Beberapa gambar pokok melon dibawah seliaan penulis



























Monday, February 2, 2015

Menternak ayam api (mutiara)

Sementara menanti besi besi untuk sistem fertigasi sampai , untuk tidak membuang masa aktiviti sampingan dijalankan iaitu membeli 30 ekor anak ayam api untuk tujuan jual ayamnya,telurnya dan dagingnya ..

Ayam api punyai nilai yang tinggi dipasaran dan harga runcit bagi seekor ANAK ayam api adalah RM12  dan ayam api dewasa boleh mencecah RM90..

Anak anak ayam api agak mudah dijaga kerana fizikalnya yang lebih kuat berbanding ayam daging,dan mereka benar benar aktif walaupun pada usia kurang seminggu.









Reban ayam bermodalkan RM3

Berikut adalah gambar reban ayam yang aku bersama ayah aku siapkan , dengan menggunakan kembali kayu kayu '2nd' hand , kawat2 '2nd' hand,buluh dan barang barang terbuang, kami berjaya menyiapkan 4 reban ayam..

Kadang kadang banyak perkara sekeliling kita yang boleh digunakan untuk perkara yang ramai orang lain beli dengan wang puluhan ringgit, kenapa membazir? Kenapa tidak "do it yourself"?

Yang penting perlu kreatif :)

RM 3 tu untuk apa? err, beli paku.. :)



Reban pertama dibuat menggunakan besi meja dan besi2 terbuang dari rumah
Reban kedua dibuat, berlantaikan buluh yang dipotong 4/6..

Reban ketiga, juga menggunakan kayu terpakai,besi terpakai dan pintu buluh.




Reben keempat, menggunakan 'rumah' kecil diatas rumah yang telah dirobohkan..