Sunday, March 8, 2015

Cocopeat..

Untuk stage pertama fertigasi,aku bakal gunakan lebih kurang 60 guni cocopeat dan sebahagian daripadanya sudah ada di kebun (sebagaimana gambar).

Apa itu cocopeat?

Cocopeat adalah sabut kelapa yang telah diurai/dihancurkan oleh mesin pengurai sabut, hasil dari sabut ini dapat hasilkan 2 jenis output iaitu cocopeat dan satu lagi namanya, aku lupa.. tapi ia digunakan untuk dibuat tali ataupun isi dalam kusyen kenderaan/tilam..Manakala cocopeat digunakan sebagai media tanaman mengantikan tanah.

Kegunaan cocopeat dalam fertigasi?

Dalam fertigasi, 2 jenis media tanaman boleh digunakan iaitu sekam padi yang dibakar dan juga cocopeat,dan aku memilih cocopeat kerana ia lebih berkualiti berbanding sekam padi dan juga ia mudah dicari berbanding sekam padi..

Perlu diketahui, menggunakan cocopeat sebagai media tanaman dalam polibeg berbeza berbanding diatas tanah yang mana polibeg yang diisi cocopeat mengandungi 0% nutrium (atau angka yg sangat kecil),jadi bagaimana nutrium diberi kepada tumbuhan?

Jawabnya! Ia melalui kaedah baja dalam air, setiap kali siraman (7 kali sehari - purata 2liter sehari) air yang dicampur baja akan diberikan kepada tumbuhan dan cocopeat menjadi media yang sangat baik kerana mereka boleh menampung air dengan baik.

Dan baja yang diberikan, bukanlah sebarangan baja sebaliknya baja set A dan B yang mengandungi keperluan yang CUKUP untuk pokok membesar dengan baik bahkan mampu menghasilkan buah yang lebih banyak dan berkualiti (saiz/berat). Antara kandungan bahan yang ada dalam baja adalah -Set A - calsium nitrate,zat besi, set B - postasium nitrate,mono potasium hydrogen phosphate,magnesium sulphate,boric,zink sulfate,copper sulfate,dan amnonium dngan kadar2 berbeza mengikut jenis tumbuhan.

Cocopeat boleh digunakan sehingga 3,4 (bahkan lebih) kali selepas dibasuh dengan air dan sememangnya ia lebih menjimatkan.

Menggunakan cocopeat dalam polibeg sekaligus akan membantu mengelakkan penyakit bawaan tanah kepada tumbuhan..

Menariknya tentang cocopeat adalah, ia boleh menjana pendapatan dan menjadikan seorang itu "taukey" dari bahan terbuang (sabut) ini.. Aku menyarankan kepada anak muda,atau sesiapa sahaja, yang tidak mahu selamanya menjadi kuli orang, apa guna anda bekerja dengan sepenuh hati (bernada hasutan) namun hasil kerja anda hanya melalui gaji tetap setiap bulan sedangkan dengan hasil usaha anda syarikat untung berkali ganda??? Sampai bila anda mahukan kelompok kapitalis tamak terus menerus memerah keringat anda sedangkan kita mampu menjana wang beribu ribu setiap bulan walaupun dengan menghasilkan cocopeat/serap dari sabut kelapa (ini cuma satu contoh, banyak kerja lain anda boleh lakukan untuk jadi bos sendiri).. Cuma jika ke bidang ini, sebagai permulaan,anda hanya perlu cari mesin pengurai sabut yang baru harganya sekitar RM25K manakala yang terpakai boleh dalam RM11K dan keatas (boleh rujuk mudah.my)..

Kerjalah dan jadilah kuli untuk satu tempoh,kumpul wang,dan selepas beberapa ketika,berhentilah dan jadilah bos sendiri, dan jika anda betul2 berusaha,mungkin mampu menghasilkan pekerjaan kepada masyarakat!

Berhenti dengan mindset "kuli" , kerana semua orang boleh jadi "bos" ..

Cuma 1 nasihat aku dalam usaha untuk sama sama berjaya, JANGAN JOIN MLM! Jangan dekati MLM, jangan berkawan dengan kelompok kaki MLM.. tambahan yang menjanjikan wang semudah memetik 1 jari..Dan dengan 'bos' MLM yang suka tunjukkan bukti 'kejayaan' mereka dengan kereta yang mereka miliki..

Ayah aku cakap , tanda2 sesebuah negara itu sedang kearah negara maju,adalah setiap rumah punyai Pick Up (kereta macam hilux yang boleh bawa barang banyak),bukan setiap rumah miliki kereta2 berkilat dan mewah (hutang beb) ..

Kerana apa? kerana kenderaan seperti inilah mampu bantu sesebuah keluarga itu, MENJANA EKONOMI!

No comments:

Post a Comment