Saturday, January 31, 2015

Apa itu fertigasi?

Bidang pertanian fertigasi semakin diterima hari ini terutamanya oleh golongan muda yang mahu kerja sendiri dan sesuai dngan jiwa muda mereka.. Sistem ini tidak memerlukan para pengamalnya untuk lagi menggunakan cangkul dan parang untuk bertani,sebaliknya hanya beberapa aktiviti rutin dan minggu yang perlu dilaksanakan..

Apa itu fertigasi?

Aku cuba terangkan berdasarkan pemahaman aku berdasarkan pengalaman aku selama 4 bulan berpraktikal di kebun pertanian fertigasi, moga ia bermanfaat.

Sabut kelapa yang dikisar (coco peat)
Polibeg (Sumber gambar)
Fertigasi adalah satu sistem yang hanya menyalurkan larutan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dengan menggunakan pam tangki larutan nutrien (baja set A dan B) ke tanaman-tanaman yang ditanam di dalam polibeg menggunakan media tanaman seperti coco peat atau sekam padi bakar. 

Perlu diketahui baja ini hanya digunakan untuk tanaman fertigasi kerana coco peat dan sekam padi bakar adalah kosong tanpa sebarang nutrien di dalamnya , kemampuan keduanya untuk 'menyimpan' air membantu untuk pokok mengambil baja baja yang dilarutkan dalam air di dalamnya.Peralatan lain yang digunakan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip pvc, dripper, mini tubing, tubing,timer dan peralatan kawalan air dan baja.Setiap alatan ini akan aku detailakan setiap fungsi mereka dalam penulisan penulisan seterusnya.

Sistem Fertifasi secara mudahnya begini, 

Air yang disimpan dalam tangki akan disalirkan ke dalam polibeg 6 kali sehari melalui paip pvc dan dripper ,waktu aliran adalah adalah seperti berikut : - 8 pagi, 10 pagi, 12 tengahari,3 petang 4 petang dan 6 petang - , tempoh masa setiap kali air disalirkan adalah bergantung pada umur pokok dan juga cuaca,biasanya tidak kurang dari 1 minit dan tidak lebih dari 7 minit).. Secara purata polibeg menerima 2 liter air sehari.
Timer

Air bukanlah disalirkan dengan cara kita pergi tekan suiz setiap kali masanya,tapi dibuka secara automatik dengan sejenis alat yang dipanggil 'timer' (nama sebenar aku tak tahu) , untuk permulaan,timer elektronik boleh digunakan dgn harga RM40 seunit. 


baja keluaran GM Peladang
Jadi kerja kerja harian yang perlu dilakukan adalah isi larutan bata (A dan B) ke dalam air tangki samada setiap awal pagi (sebelum 8 pagi) atau setiap lewat petang (selepas 6 petang).

Manakala rutin mingguan adalah "meracun" , iaitu semburan air yang mengandungi racun serangga,racun kulat,hormon, dan folier diatas daun pokok menggunakan alat semburan racun.. Aktiviti ini BIASANYA dilakukan seminggu sekali,namun jika pokok diserang penyakit , boleh dilakukan 2 kali seminggu, dan jika lebih parah , selang 2 hari sehingga ia kembali sembuh. Kos racun adalah tinggi jadi semakin banyak meracun,maka makin tinggi kos yang digunakan,namun jika tidak meracun,apa yang jadi adalah pokok akan mati/tidak mengeluarkan hasil dengan baik.


Namun akan ada aktiviti tambahan berdasarkan jenis tanaman yang akan dikongsikan melalui tulisan tulisan lain khas berdasarkan jenis jenis tanaman. Antara tanaman yang boleh ditanam dengan sistem ini adalah tanaman berdaun seperti cili, tomato, timun dan Rock Melon.

Apa yang utama perlu dikuasai untuk lebih mahir dalam bidang ini adalah komposisi baja dan peralatan yang digunakan untuk fertigasi, adalah penting untuk menggunakan peralatan yang betul atau akan mengakibatkan kesan buruk kepada tanaman.

EC Meter Hanna
Level bacaan ec baja pula bergantung pada umur pokok.Bacaan diukur menggunakan EC Meter.

Fertigasi punyai banyak kelebihan berbanding pertanian tradisional, antaranya ;





● Tidak memerlukan kawasan yang luas.
● Tempoh harvest yang lebih singkat dengan kawalan nutrien yg baik kepada tanaman
● Tiada lagi kerja berat kerana penggunaan teknologi.
● Boleh menanam sepanjang tahun tanpa mengira musim (bantuan Rumah Perlindungan Hujan)
● Tiada lagi penyakit bawaan tanah.
● Hasil yang lebih banyak
● Kuantiti hasil yang seragam serta kesan sisa racun yang minimum.

Jadi,adakah anda berminat untuk turut menjadi "Usahawan Tani" ? 




Penternakan ayam kampung

Selain menumpukan kepada pertanian fertigasi,akan turut mengusahakan perternakan ayam kampung secara kecilan dan mensasarkan untuk jualan pada hari raya tahun ini..

Konsep ini disebut sebagai "pertanian bersepadu" iaitu mengabungkan perbagai jenis aktiviti pertanian di satu satu kawasan , juga disebut sebagai "insitu" , antara kebaikan mengamalkan pertanian insitu adalah  kita mampu menjana pendapat yang lebih selain daripada asas pertanian kita (dalam kes saya : fertigasi). Ini boleh dikatakan "aktiviti sampingan" memandangkan fertigasi tidaklah memerlukan masa yang lama setiap hari dalam menjaganya melainkan pada masa masa tertentu.

Memelihara ayam kampung adalah langkah terbaik kerana harganya yang mahal, mudah dijaga (sebab tidak perlu suntik etc) , menjimatkan kos (kos makanan murah) , dan mereka spisis kuat.

Dan Ada baiknya memelihara ayam kampung kerana sisa sisa makanan tidak lagi perlu dibuang ke dalam tong sampah , semuanya "tidak dibazirkan" dengan diberikan kepada ayam ayam yang ada..










Friday, January 30, 2015

Fasa 1 : Pembersihan Halaman belakang

Fasa 1 bermula pada 20 Januari 2015 sehingga 30 Januari 2015 , melibatkan aktiviti pembersihan pokok pokok kecil dan pokok besar, menebang sepohon pokok kelapa yang berusia 23 tahun , membuat pagar dari kayu hutan dan zink/atap stih terpakai. Setakat permulaan ini,kos yang dikeluarkan adalah RM3 untuk beli paku dan RM3 untuk beli sarung tangan.. Mungkin permulaan yang baik untuk "penjimatan gaya Hagemaru".. 

Selesai fasa 1, insyAllah minggu depan bermula fasa kedua iaitu pemasangan Rumah Perlindungan Hujan (RPH)

















Aku pilih menjadi Usahawan tani..

Saat Semester akhir di UiTM Dungun, aku  mula bimbang akan kerjaya masa depan , aku perhatikan melalui akaun akaun facebook senior senior bidang yang sama,ramai juga menganggur dan bekerja diluar bidang yang mana tidak setaraf dengan ijazah yang ada..Lalu datang niat untuk aku,untuk "kerja sendiri" .. tapi,kerja apa? 

Masa berlalu sehingga tiba masa untuk mencari tempat praktikal , aku cuba apply di beberapa syarikat penerbitan memandangkan aku meminati "buku" , namun untuk lebih selamat aku mohon beberapa tempat lagi termasuk sebuah syarikat pertanian swasta yang terletak di Kuala Ibai, GM Peladang .. Aku hubungi kawan aku yang pernah berpraktikal disana,untuk bertanyakan tentang syarikat itu , nasihat beliau,

"GM ni syarikat pertanian fertigasi,memang dia ambil budak praktikal tapi aku cadang ko jangan datang mar, sebab ia bukan praktikal yang ko bayangkan,ko KENA BERKEBUN,kat sini tak pakai kemeja, pakai tshirt je setiap hari,bukan bidang pengajian kita,tapi kalau ko nak datang juga,terpulanglah"

"Kena Berkebun" + "Pakai T-shirt" 

Hell yes.. haha, itu yang aku mahukan , aku tak suka praktikal kena buat kira kira,aku tak suka pakai kemeja,aku tak suka skema, dan aku tak suka kerja photostep kertas, aku sukakan sesuatu, yang mana bila aku lakukannya,aku akan peroleh ilmu yang baru dan kemahiran yang baru,lalu aku hantar surat permohonan dan  permohonan aku ke GM Peladang diterima.. dan aku tahu niat baik kawan aku kerana dia bimbang aku kecewa.. Namun gambaran yang dia berikan sesuai dengan yang aku cari (ia bergantung pada individu - jika anda tidak mahu jadi petani,dan mengamalkan apa yg dipelajari,hanya untuk memenuhi keperluan univerisiti atau kolej yang mahu anda berpraktikal,maka wajarlah menuruti nasihat tersebut)

GMP sebuah syarikat pertanian (Swasta) yang beroperasi di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Produk asas GMP adalah hasil tanaman fertigasi seperti cili,tomato,melon,dan satu lagi dari sistem NFT yang menghasilkan sayuran berdaun seperti salad,kailan,Pak Choi dan sebagainya (sayuran berdaun) , manakala cabang cabang lain produk mereka adalah sistem fertigasi itu sendiri termasuk baja dan benih.

Tugasan pertama bermula dengan kerja agak ekstrim,pasang atap lutsinar pada ketinggian 14 - 16 kaki (lebih kurang) , kemudian belajar semai benih,kemudian pergi kepada proses keseluruhan penanaman fertigasi jadi awal hingga akhir,kemudian ditambah dengan kemahiran membuat sendiri sistem tersebut (samada fertigasi/nft).

Apa itu fertigasi dan apa itu NFT?

Aku ceritakan secara ringkas dahulu, sebelum aku ceritakan secara lanjut dalam entry seterusnya, Fertigasi adalah sistem pertanian moden yg amat menguntungkan pengamalnya, melalui sistem ini,petani boleh kawal nutrien kepada pokok melalui sistem pengairan yg menjadi alat utama sistem ini. Sistem ini boleh beroperasi di kawasan yang kecil dan dapat mengurangkan kos pusingan walaupun kos permulaan adalah "amat besar sekali" .. Masalah masalah yang wujud akibat pertanian tradisional juga dapat dikurangkan seperti masalah yg dibawa dari tanah etc.



Manakala NFT atau Sistem aliran cetek adalah teknologi tanaman sayuran yang tidak menggunakan tanah sebaliknya satu pot (pasu) kecil diletakkan dalam air yang mengalir.Maka, Pokok akan mendapat keperluan air baja (nutrisi lengkap) 100% melalui sistem aliran yang menghasilkan oksigen yang tinggi melalui pergerakan air.

Sistem ini sekaligus mampu bawa "sayuran tanah tinggi" ke kawasan tanah rendah.. Sayuran seperti salad hijau dan sayuran hijau yang biasa dilihat di cameron Highland,anda boleh tengok ia ditanam di Kuala Ibai melalui sistem ini.

Tamat sahaja praktikal pada 21 Disember 2014, aku menumpukan pada kerja thesis aku dan pada 21 Januari 2015, scra tidak rasmi aku menamatkan pengajian aku bila berjaya hantar thesis kepada penasihat pengajian..



Dan pada keesokan harinya, aku ke halaman belakang rumah , aku lihat sebahagiannya telah dibersihkan oleh ayah dan adik aku , katanya "untuk fertigasi abglah" , aku sedikit kaget kerana membuat sasaran untuk bekerja selama 1 tahun dahulu sebelum bukak ladang fertigasi sendiri,namun tuhan memang mahukan aku jadi petani, lalu peluang ini berada di depan mata..

Beberapa hari kemudian aku menerima tawaran untuk bekerja di syarikat tempat praktikal , dan ketika itu sudah 70% halaman belakang telah dibersihkan , lalu aku tanya pandangan kedua ibu bapa dan kakak aku , dan setelah diundi, 2 memilih untuk aku menuruskan kebun di belakang rumah .. ya,mungkin berdepan risiko untuk mengusahakan perniagaan sendiri berbanding makan gaji , namun dengan sokongan keluarga, aku memutuskan , untuk menjadi usahawan tani .. :) Moga Allah redha..