Friday, January 30, 2015

Aku pilih menjadi Usahawan tani..

Saat Semester akhir di UiTM Dungun, aku  mula bimbang akan kerjaya masa depan , aku perhatikan melalui akaun akaun facebook senior senior bidang yang sama,ramai juga menganggur dan bekerja diluar bidang yang mana tidak setaraf dengan ijazah yang ada..Lalu datang niat untuk aku,untuk "kerja sendiri" .. tapi,kerja apa? 

Masa berlalu sehingga tiba masa untuk mencari tempat praktikal , aku cuba apply di beberapa syarikat penerbitan memandangkan aku meminati "buku" , namun untuk lebih selamat aku mohon beberapa tempat lagi termasuk sebuah syarikat pertanian swasta yang terletak di Kuala Ibai, GM Peladang .. Aku hubungi kawan aku yang pernah berpraktikal disana,untuk bertanyakan tentang syarikat itu , nasihat beliau,

"GM ni syarikat pertanian fertigasi,memang dia ambil budak praktikal tapi aku cadang ko jangan datang mar, sebab ia bukan praktikal yang ko bayangkan,ko KENA BERKEBUN,kat sini tak pakai kemeja, pakai tshirt je setiap hari,bukan bidang pengajian kita,tapi kalau ko nak datang juga,terpulanglah"

"Kena Berkebun" + "Pakai T-shirt" 

Hell yes.. haha, itu yang aku mahukan , aku tak suka praktikal kena buat kira kira,aku tak suka pakai kemeja,aku tak suka skema, dan aku tak suka kerja photostep kertas, aku sukakan sesuatu, yang mana bila aku lakukannya,aku akan peroleh ilmu yang baru dan kemahiran yang baru,lalu aku hantar surat permohonan dan  permohonan aku ke GM Peladang diterima.. dan aku tahu niat baik kawan aku kerana dia bimbang aku kecewa.. Namun gambaran yang dia berikan sesuai dengan yang aku cari (ia bergantung pada individu - jika anda tidak mahu jadi petani,dan mengamalkan apa yg dipelajari,hanya untuk memenuhi keperluan univerisiti atau kolej yang mahu anda berpraktikal,maka wajarlah menuruti nasihat tersebut)

GMP sebuah syarikat pertanian (Swasta) yang beroperasi di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Produk asas GMP adalah hasil tanaman fertigasi seperti cili,tomato,melon,dan satu lagi dari sistem NFT yang menghasilkan sayuran berdaun seperti salad,kailan,Pak Choi dan sebagainya (sayuran berdaun) , manakala cabang cabang lain produk mereka adalah sistem fertigasi itu sendiri termasuk baja dan benih.

Tugasan pertama bermula dengan kerja agak ekstrim,pasang atap lutsinar pada ketinggian 14 - 16 kaki (lebih kurang) , kemudian belajar semai benih,kemudian pergi kepada proses keseluruhan penanaman fertigasi jadi awal hingga akhir,kemudian ditambah dengan kemahiran membuat sendiri sistem tersebut (samada fertigasi/nft).

Apa itu fertigasi dan apa itu NFT?

Aku ceritakan secara ringkas dahulu, sebelum aku ceritakan secara lanjut dalam entry seterusnya, Fertigasi adalah sistem pertanian moden yg amat menguntungkan pengamalnya, melalui sistem ini,petani boleh kawal nutrien kepada pokok melalui sistem pengairan yg menjadi alat utama sistem ini. Sistem ini boleh beroperasi di kawasan yang kecil dan dapat mengurangkan kos pusingan walaupun kos permulaan adalah "amat besar sekali" .. Masalah masalah yang wujud akibat pertanian tradisional juga dapat dikurangkan seperti masalah yg dibawa dari tanah etc.



Manakala NFT atau Sistem aliran cetek adalah teknologi tanaman sayuran yang tidak menggunakan tanah sebaliknya satu pot (pasu) kecil diletakkan dalam air yang mengalir.Maka, Pokok akan mendapat keperluan air baja (nutrisi lengkap) 100% melalui sistem aliran yang menghasilkan oksigen yang tinggi melalui pergerakan air.

Sistem ini sekaligus mampu bawa "sayuran tanah tinggi" ke kawasan tanah rendah.. Sayuran seperti salad hijau dan sayuran hijau yang biasa dilihat di cameron Highland,anda boleh tengok ia ditanam di Kuala Ibai melalui sistem ini.

Tamat sahaja praktikal pada 21 Disember 2014, aku menumpukan pada kerja thesis aku dan pada 21 Januari 2015, scra tidak rasmi aku menamatkan pengajian aku bila berjaya hantar thesis kepada penasihat pengajian..



Dan pada keesokan harinya, aku ke halaman belakang rumah , aku lihat sebahagiannya telah dibersihkan oleh ayah dan adik aku , katanya "untuk fertigasi abglah" , aku sedikit kaget kerana membuat sasaran untuk bekerja selama 1 tahun dahulu sebelum bukak ladang fertigasi sendiri,namun tuhan memang mahukan aku jadi petani, lalu peluang ini berada di depan mata..

Beberapa hari kemudian aku menerima tawaran untuk bekerja di syarikat tempat praktikal , dan ketika itu sudah 70% halaman belakang telah dibersihkan , lalu aku tanya pandangan kedua ibu bapa dan kakak aku , dan setelah diundi, 2 memilih untuk aku menuruskan kebun di belakang rumah .. ya,mungkin berdepan risiko untuk mengusahakan perniagaan sendiri berbanding makan gaji , namun dengan sokongan keluarga, aku memutuskan , untuk menjadi usahawan tani .. :) Moga Allah redha..




No comments:

Post a Comment