Tuesday, February 3, 2015

Tanaman Fertigasi : Rock Melon




Ketika berpraktikal di GM Peladang ,aku ditugaskan untuk menjaga 744 pokok  rockmelon jenis Gordes dan Glamor.Aku ditugaskan dari proses menyemai anak benih sehingga harvest buahnya.. Walaupun tidak semua berbuah dengan baik namun aku berjaya mendapatkan ilmu baru iaitu bagaimana menjaga tanaman melon dari awal hingga akhir yang akan aku kongsikan dalam entry kali ini..

Gordes
Glamor
Rock Melon adalah buah buahan dari spisis yang sama dengan timun,tembikai,tembikai susu dan seangkatan dengannya, pokok yang serupa dan bunga yang serupa, yang berbeza hanyalah buahnya..

Semaian 

Anak pokok
Pada peringkat semaian, biji Benih akan direndam selama 8 jam ke dalam air suam yang dicampur dengan racun kulat dan hormon bagi memudahkan percambahan berlaku dan juga untuk mengelak serangan kulat. Perlu INGAT! Benih perlu diletakkan  dengan betul iaitu buju yang tajam ke dalam media semandai (akar dia) dan buju yang kurang tajam diletakkan ke arah atas (pucuk) . Kegagalan untuk bertindak sedemikian akan menyebabkan pokok lambat tumbuh/ benih mati.Biasanya lepas 4,5 hari pucuk benih akan mula kelihatan (daun kotaledon kot namanya) Benih rockmelon hanya berada di dalam tray selama 10 ke 15 hari sebelum dipindahkan ke dalam polibeg. 

Pindah ke polibeg

Selepas cukup tempoh 10 - 15 hari (lihat pada saiz pokok) , anak pokok Rock Melon sudah boleh dipindahkan ke dalam polibeg. Perpindahan anak pokok JANGAN pada waktu tengahari sebaiknya petang atau awal pagi. Anak pokok perlu dipindahkan dengan berhati hati kerana batang belon adalah jenis lembut dan mudah patah, dinasihatkan polibeg punyai air yang cukup.

Penjagaan awal

Anak melon membesar dengan agak cepat, aku ingat dalam tempoh beberapa hari dalam polibeg,daunnya sudah besar, dan dalam tempoh 7 hari ke 10 hari, pokok sudah boleh diikat, berbeza dengan tanaman cili yang memerlukan sekurang kurangnya 5 tali,rock melon hanya memerlukan 1 tali berukuran 7 kaki untuk diikat pada tali besi bahagian atas rumah perlindungan hujah (ketinggian 6-7 kaki)

Proses lilitan

Lihat "tali" 
Pokok ini harus dililitkan pada tali secara manual untuk mengelakkan pokok menjalar ke arah lain ataupun tidak naik keatas,sebaliknya menjalar ke tanah. Kemudian proses lilitan ini harus dilakukan setiap kali pucuk baru mula memanjang untuk mengelakan berlakunya lecuh (patah) pada dahan pokok melon..

Tunas air

Apabila pokok di polibeg berusia 15 hari dan mula tumbuh tunas air, maka proses membuang tunas air perlu dilakukan untuk mengelakkan pokok berbuah dengan banyak (kawalan buah untuk tingkatkan kualiti/saiz buah). Kita hanya perlu tinggalkan beberapa mata pucuk (antara keenam - kesembilan) untuk tujuan pendebungaan kelak sekaligus memilih buah kelak,

Pendebuangaan

Buah pada bunga betina selepas pendebungaan
Proses pendebungaan dilalukan bila kedua bunga jantan dan
Bunga Jantan
betina tumbuh , bunga jantan akan tumbuh pada batang utama pokok manakala bunga betina pada bahagian tunas pokok yang ditinggalkan (tidak dibuang dalam bab 'tunas air) , 
Proses pemdebungaan berlaku melalui 2 kaedah,iaitu manual dan natural , secara natural,serangga2 seperti semut,lebah hinggap di bunga jantan untuk mengambil madu,lalu kemudian bawa sekali debungan melalui kakinya,dan hinggap pada bunga begini,maka berlakulah proses tersebut,manakala manual pula, manusia perlu cabut bunga jantan, keluarkan debunga dengan cara menyelak kelopak kuning dan geselkan pada bunga betina.

Buang buah

Buah selepas pendebungaan
Buah selepas pemdebungaan
Selepas proses pendebungaan dilakukan , maka bunga betina akan menghasilkan buah pada setiap salur yang ada, ketika ini,proses membuang buah dilakukan , pilih buah yang paling besar/sihat antara kesemua buah yang ada dan yang selainnya digunting dan buang menggunakan gunting yang dicelup racun kulat.

Balut buah

Apabila buah mula membesar, langkah seterusnya adalah membalut buah menggunakan surat khabar , dengan menggunakan stapler , kacip surat khabar menjadi 1 (tidak boleh dibuka) , menggunakan surat khabar, tutup buah itu dengan penuh melainkan bahagian bawah.. Tujuan pembalutan adalah untuk mengelakkan serangan lalat buah yang boleh merosakkan buah rock melon.

Meracun (rutin mingguan)  

Proses meracun pokok perlu dilakukan seminggu sekali , antara tujuan proses meracun adalah, untuk
Sekadar nak tunjuk.. haha
menghalau serangga yang merosakkan pokok (gunakan racun serangga - sebolehnya racun yang berbeza kerana racun yang sama mungkin tidak berkesan untuk kali ketiga/ dan seterusnya kerana serangga sudah kebal) , mematikan/menghalang kulat (gunakan racun kulat) , percepatkan pembesaran pokok (hormon) dan membaja daun (folier).. Keempat empat unsur ini dicampurkan sekali dalam satu balang meracun,

Pembajaan (rutin harian) 

Pada minggu pertama pokok di polibeg, ec baja hanya sekitar 2.0 dan setiap minggu dinaikkan dengan menambah 0.2 lagi sehinggalah satu minggu terakhir sebelum harvest,untuk memaniskan buah boleh naikkan nilai ec.. beberapa hari sebelum harvest, tidak perlu lagi alirkan air baja, biarlah buah menyerap segala nutrien dari dalam batang pokok dan dauh..  

Harvest / tuai

Proses penuaian buah boleh dilakukan pada hari ke 60 - 70 , penuaian dilakukan dengan memotong bawah pokok agar mudah proses pembuangan batang pokok selepas harvest.


Kesimpulan..

Pokok melon dibawah seliaan penulis
Penjagaan melon tidaklah sesukar cili yang sangat sensitif, asalkan baja diberi secara bersiplin dan meracun pada hari hari yang dijadualkan,maka insyAllah pokok akan tumbuh dengan baik.. Pun begitu , untuk petani Terengganu,mungkin menanam melon bukan satu pilihan yang baik kerana ia tidak begitu diminati orang Terengganu dan harga borongnya yang sangat murah jika dibandingkan di luar Terengganu.

Aku sendiri memilih untuk tidak menanam melon pada kali pertama permulaan projek fertigasi, kerana bimbang akan pasarannya dan harganya yang tidak begitu ok di Terengganu,pun begitu, 2 bulan sebelum ramadan mungkin aku akan consider untuk amik risiko menanam melon dengan harapan pasaran melon di Terengganu meningkat menjelang ramadan (bulan puasa, belah melon di bazar ramadan, pelanggan tengah lapar dan panas, , diaorg tengok terliur dan beli - yeah) 

Beberapa gambar pokok melon dibawah seliaan penulis



























45 comments:

  1. Salam. Terima kasih atas perkongsian disini, sgt berguna. Saya mula menanam rock melon dari benih buah yang saya beli di gerai 2 minggu lepas. Rock melon yang saya tanam menggunakan polibeg besar sebanyak 6 polibeg. Rock melon sudahpun menjalar naik ke atas tali yang saya pasang dan sudah mula berbunga. Satu pertanyaan, apa tanda2 yang menunjukkan buah sudah masak dan boleh dipetik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. sekadar berkongsi, pabila sulur di dahan yg mempunyai buah telah kering dan keadaannya seperti hangus adalah tandanya buah telah masak dan manis.
      selain itu, kita boleh kira jangkaan tuai dgn hari selepas pindah ke ladang.
      70 hari adalah usia yg sesuai utk tanaman melon dituai

      Delete
    2. Assalamualaikum. sekadar berkongsi, pabila sulur di dahan yg mempunyai buah telah kering dan keadaannya seperti hangus adalah tandanya buah telah masak dan manis.
      selain itu, kita boleh kira jangkaan tuai dgn hari selepas pindah ke ladang.
      70 hari adalah usia yg sesuai utk tanaman melon dituai

      Delete
  2. Terima kasih kerna sudi kongsinkan pengalaman tuan/puan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerna sudi kongsinkan pengalaman tuan/puan

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...boleh saya tahu nak beli baja A B..srcara banyak dan murah dimana.contoh calcium 25 kg.dan lainx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam. hehe... sekadar berkongsi.
      di padang negara, kuala ibai, kuala terengganu, ad sebuah syarikat yg bernama GM PELADANG membekalkan bahan2 pertanian.
      09-6175363

      Delete
  6. Assalamualaikum...boleh saya tahu nak beli baja A B..srcara banyak dan murah dimana.contoh calcium 25 kg.dan lainx.

    ReplyDelete
  7. thanks 4 the info. Saya sangat berminat untuk menanam rock melon

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.terima kasih atas perkongsian. Boleh x saya nk tahu hormon dan rcun kulat apa yg dguna masa rendam benih dan campuran racun kulat,hormon dan bja folier apa yg diguna untuk meracun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk racun kulat sy guna thiram.
      manakala hormon mgunakan atonik.

      utk baja daun, saya sarankan tuan gunakan baja ab sahaja..dlm bekas 18liter boleh tambah 50ml baja a dn 50 ml baja b.. ia lbh mjimatkn dan dapat mengurangkn kos.. kesannya sama shja..

      Delete
  9. utk racun kulat sy guna thiram. manakala hormon mgunakan atonik. utk baja daun, saya sarankan tuan gunakan baja ab sahaja..dlm bekas 18liter boleh tambah 50ml baja a dn 50 ml baja b.. ia lbh mjimatkn dan dapat mengurangkn kos.. kesannya sama shja..

    ReplyDelete
  10. Tqvm. Sya menghargai tuan mbalas soalan sya. Jawapan tuan amat membantu sya.

    ReplyDelete
  11. Tqvm. Sya menghargai tuan mbalas soalan sya. Jawapan tuan amat membantu sya.

    ReplyDelete
  12. Salam tuan. Tumpang tanya. Masa proses membalut buah,nape bahagian bawah buah dibiar terbuka? Terima kasih

    ReplyDelete
  13. Salam tuan. Tumpang tanya. Masa proses membalut buah,nape bahagian bawah buah dibiar terbuka? Terima kasih

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum nak tanye, biasanya buah rockmelon ni dituai pada stage berapa dan berapa berat buah yg dah harvest tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Buah dituai pd hari ke 75-80.. berat bergantung juga, kalau sebiji sepokok boleh 2.5-3.8 kg.. faktor air juga main peranan.

      sehari sebelum harvest, potong pokok 6 inci dari tanah/polibeg.

      Delete
    2. Sekarang ni musim rockmelon ke ? Sy nak guna dlm waktu terdekat ni.

      Delete
    3. Seeloknya tanam dgn sasaran harvest di musim panas, musim hujan tidak disyorkan sangat.

      Delete
  15. en.Salahudin, tujuan balut utk halang lalat buah yg biasa myerang dari tepi, jadi memadai utk balut sekeliling shja..

    ReplyDelete
  16. terbaikkk. terima kasih atas info.. mcm kenal.. ni yang buat fertigasi kat telaga papan tu ke?

    ReplyDelete
  17. cik dulu buat praktikal di GM Peladang kuala ibai ke?

    ReplyDelete
  18. boleh dapatkan email cik? sy nk buat kajian

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi email nanti saya hantarkan jadual pembajaan.

      Delete
    2. Assalamualaikum tuan...saya nk mntk jadual pembajaan boleh x? Dari awal hingga tuai...

      Delete
    3. Salam..tuan.

      Apa yg menyebabkan buah rockmelon yg sudah besar merekah dan pecah??

      Delete
    4. Ada 3 sebab,

      1. Buah terlampau matang, iaitu dah masak tp belum harvest

      2. Serangan lalat buah.. itu sebab perlu balut samada dgn kertas akhbar atau plastik..

      3. Lebihan air, ada penanam beri lebihan air utk beratkan buah, terutama di peringkat akhir, ia akibatkn buah tlampau byk air dan pecah.. lebihan air juga blaku kalau hujan bterusan menimpa polibeg..

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum, sya cba utk m'buka gmbr2 yang d paparkan kerana ingin di jadikan bahan rujukan utk kerja kursus sya tetapi tidak dpt, knp blh jadi bgtu ya?

    ReplyDelete
  22. Salam tuan, boleh tak kongsikan padd saya jadual pembajaan setiap minggu. Jadual meracun serangga dan kulat setiap kali semburan.

    ReplyDelete
  23. Salam tuan.
    Saya baru baca entri ni. Saya ada tanam melon sbg percubaan. di peringkat awal lagi dah gagal. anak melon yg tumbuh menjadi layu perlahan lahan. Batangnya jadi kecut dan genting. Kenapa? Minta tunjuk ajar Tuan. Terimakasih

    ReplyDelete
  24. Nak tahu berapa kerap kene alirkan air Baja? N berapa kerap kene bilas?

    ReplyDelete
  25. alhmdlhhh info yg sgt2 membantu..tqvm atas perkongsian..smoga tuan terus dilimpahkan rezki

    ReplyDelete
  26. Kami perlu bekalan rockmelon... Lokasi gombak.. Email vegetablemart@gmail.com
    Tkasih

    ReplyDelete
  27. Salam encik....sy tanam suka2 saja d rumah....pkok dah besar dan dh mula berbunga tapi malangnya sy terpatahkan pucuknya😢.ada harapan lagi x pkok tu untuk berbuah.

    ReplyDelete